Selasa, 1 Mei 2012

Perkampungan Bahasa dan Sastera 2012


Perkampungan Bahasa dan Sastera 2012 yang telah diadakan di SK Patesih (Berasrama) yang lalu telah banyak memberi pengalaman baru. Menjadi kem komandan bukanlah satu tugas ringan, keselamatan para peserta terletak dibahu. Syukur alhamdulillah tiada kejadian yang tidak dingini berlaku. Berkat kerjasama semua fasilitator, pegawai DBP serta berkhat kerjasama guru SK Patesih telah menjadikan program ini berjalan lancar. Majlis penutupan dirasmi oeh Dato' Haji Razak Bin Mansor iaitu ADUN kawasan Pertanng.

Sabtu, 17 Disember 2011

Tiada akar pelindung diri....

Dalam arus kemodenan ini serba serbi agak canggih. Yang pandai mengambil kesempatan akan sentiasa bergerak kehadapan. Namun dalam mengejar sesuatu kita harus juga menoleh ke kanan dan ke kiri. Agar langkah yang laju tidak tersungkur. Kita haruslah ada akar yang dapat melindungi diri. Akar itu adalah sastera. Orang yang cenderung kepada kesusasteraan selalunya dipandang sepi. Sastera tidak mempunyai nilai komersial, tidak ada masa hadapan. Orang sastera sering dikaitkan bermain dengan perasaan sendiri. Sebenarnya kesusasteraan mampu menjadikan manusia itu manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Manusia yang ada pertimbangan, tidak sombang, mengenang budi, ikhlas dan segala yang baik dapat dipancarkan melalui kesusasteraan itu. Sastera memanglah tidak mampu untuk menjadikan kita kaya, tetapi kita kaya dengan budi bahasa, kaya dengan perasaan belas, kaya dengan nilai-nilai kehidupan. Oleh itu dalam mengejar nilai kebendaan, kita tidak harus melupakan nilai kemanusiaan.....